Tuesday, 3 July 2012

Belia Cina diyakini akan sokong BN


KUCHING: Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Fadillah Yusof yakin belia Cina akan memberi sokongan kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Bercakap kepada pemberita semalam beliau berkata berdasarkan sentimen positif ditunjukkan belia Cina, BN boleh melakukan yang lebih baik berbanding pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu.
“Saya berpendapat kita (BN) akan meraih keputusan lebih baik kali ini berbanding pilihan raya negeri lalu disebabkan sokongan belia Cina semakin meningkat.
“Anda boleh melihat sendiri ramai pemimpin muda Cina yang bersungguh-sungguh mahu BN menang kali ini,” katanya selepas menerima kunjungan hormat daripada ahli Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Cawangan Pending di pusat khidmatnya di Jalan Astana dekat sini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai sokong belia Cina kepada BN ketika ini.
Antara yang hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Ketua SPDP Pending Athanasius Audie Chua dan Naib Presiden SPDP Kapten (Bersara)  Zainuddin Tan Sri Hamdan dan Ketua Wanita  SPDP Cawangan Pending Winnie Lim.
Mengenai perkembangan lain, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya dan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pending memberi sokongan penuh kepada majlis penganjuran Malam 1Malaysia dengan P195 dan P196 anjuran Sayap Wanita SPDP Pending.
Program yang bakal diadakan pada 29 Ogos ini dengan tema ‘Malam Filem Amal, Rakan Karib Selamanya’ di  MBO Cineplex, tHe Spring Shopping Mall merupakan antara inisiatif diambil Wanita SPDP Pending mengukuhkan hubungan dengan parti komponen BN lain.
Selain itu, kata Lim objektif program berkenaan ialah melancarkan jentera BN untuk Parlimen Bandar Kuching dan Stampin.
“Program ini dianjurkan untuk memberi sokongan kepada parti komponen BN kita terumata calon SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) untuk Bandar Kuching dan Stampin sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang,” jelasnya.
Tetamu kehormat program itu ialah Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom dan Presiden SUPP Datuk Seri Peter Chin.
Semua parti komponen BN iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS), PBB, SPDP dan SUPP akan menghantar wakil masing-masing ke majlis itu nanti.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/02/belia-cina-diyakini-akan-sokong-bn/#ixzz1zZqO6BeS

Kaya tanah tapi miskin


MIRI: Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri James Mas­ing bangga dengan kekayaan tanah yang dimiliki oleh kaum Dayak tetapi kecewa dengan kemiskinan yang masih membelenggu mereka sehingga dilabel salah satu kaum paling miskin di Ma­laysia.
Beliau berkata, kaum Day­ak bukan sahaja komuniti terbesar di Sarawak malah merupakan pemilik tanah yang terbesar di Malaysia.
“Dalam negara yang begitu bangga dengan statusnya sebagai salah sebuah negara paling progresif dalam negara dunia ketiga, orang Dayak pula masih diklasifikasikan sebagai salah satu komuniti paling miskin di Malaysia.
“Saya banyak membaca di media cetak dan menden­gar cerita kejayaan golongan profesional Dayak yang me­megang jawatan penting di seluruh dunia.
“Namun ramai di kalan­gan Dayak ketinggalan di belakang dan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” katanya beru­cap pada Majlis Ngiling Bidai anjuran Persatuan Dayak Miri di sebuah hotel malam kelmarin.
Setakat ini katanya, Dayak yang terdiri daripada kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu merupakan 44 peratus daripada populasi penduduk Sarawak manakala selebihnya Cina (29 peratus), Melayu dan Melanau (26 peratus) dan lain-lain (satu peratus).
Ujar Masing, salah satu sebab mengapa orang Dayak di Sarawak sukar untuk mem­perolehi kehidupan yang selesa ialah kerana mereka bekerja secara tidak bijak.
“Bukan kerana mereka tidak mempunyai keupayaan bekerja atau tidak tahan bekerja susah, namun kerana kurangnya kepimpinan untuk menggerakkan mereka ke hadapan.
“Memang orang Dayak bekerja keras demi kehidupan yang lebih baik, namun mere­ka tidak bekerja secara bijak,” tegas beliau.
Dalam konteks ini Masing berkata, golongan profesional Dayak dalam pelbagai bidang dapat menggunakan kema­hiran mereka untuk bersama-sama meningkatkan tahap sosioekonomi di kalangan komuniti Dayak, bukan lagi nombor satu paling bawah.
Beliau mencabar golon­gan profesional Dayak yang merupakan ahli PDM untuk bekerjasama dan memikirkan perjuangan atas nama ‘Satu Dayak Satu Objektif’ untuk mencari pendekatan terbaik meningkatkan taraf hidup mereka.
“Kita harus mengetepikan apa jua perbezaan fahaman politik dan berjuang atas satu matlamat iaitu memajukan kaum Dayak.
“Kita boleh bermula di peringkat rumah panjang masing-masing sebelum pergi ke kumpulan yang lebih luas, seterusnya sama-sama meny­umbang terhadap pembangu­nan negara,” katanya.
Hadir sama Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin dan Presiden PDM Jonathan Bedindang


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/02/kaya-tanah-tapi-miskin/#ixzz1zZq6v2pm

Alexander hadiri Upacara Ngentak Tiang Rumah Jandok


KAPIT: Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi menghadiri Upacara ‘Ngentak Tiang’ Rumah Jandok, Ulu Yong di sini Sabtu lalu.
Ketika berucap, Alexander menasihati penduduk agar sentiasa bersepakat dalam merancang pelan rumah yang baharu agar memberi keselesaan di samping menunjukkan kemuafakatan penduduk yang mendiaminya.
“Bak kata pepatah, ‘rumahku, syurgaku’. Oleh itu, pastikan rumah yang baharu ini bersesuaian dengan pelan rumah masa kini, dengan mementingkan aspek seperti ruang bacaan untuk anak-anak yang masih bersekolah, serta bahagian-bahagian rumah yang lain.
“Malah, saya memahami kini ramai penduduk di rumah-rumah panjang membina rumah baharu kerana konsep rumah panjang yang lama agak tidak bersesuaian dengan corak hidup kita masa kini.
“Namun begitu,  konsep rumah panjang yang lama masih mempunyai nilai estetika yang tersendiri dan harus dijaga untuk tujuan ekopelancongan,” katanya.
Hadir sama Penyelia Kanan KEMAS Kapit Ambrose Abong Bugek, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Mohd Matan Yok dan Kanchin Manggom.
Alexander turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,500 kepada Rumah Jandok, Ulu Yong yang baharu, bagi membantu mereka membeli bahan binaan rumah.
Sementara itu, Ambrose mengingatkan JKKK rumah panjang agar sentiasa menyediakan profil kampung mereka bagi memudahkan lagi proses menghulurkan bantuan kepada kampung-kampung.
“Banyak JKKK di rumah-rumah panjang yang belum mempunyai profil kampung yang lengkap.
“Oleh itu, sekali lagi saya mengingatkan para ahli JKKK setiap rumah panjang agar menyediakan profil kampung yang lengkap bagi memudahkan lagi proses kita mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh sesebuah kampung, di samping untuk tujuan rekod kita pada masa depan,” ujarnya.
Alexander bersama rombongan turut singgah melawat tapak Rumah William Unchat, Ulu Yong untuk meninjau proses meratakan tapak rumah baharu tersebut.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/03/alexander-hadiri-upacara-ngentak-tiang-rumah-jandok/#ixzz1zZpsRG00

Bujang Seblak tewas jua


SARATOK: Buaya jantan yang dipercayai membaham isteri Tuai Rumah Embol Asom dari Sungai Anak, Pelunga Roban, dua minggu lalu berjaya ditewas setelah memakan pancing berumpan-kan anjing yang dipasang pawang buaya Indet Sanabong.
Kepastian bahawa buaya ter-babit adalah Bujang Seblak yang bertanggungjawab membaham Siah Monsung adalah berdasarkan terdapat kesan tembakan di bawah dagu buaya terbabit yang masih jelas kelihatan.
Perkara ini turut mendapat kepastian daripada pawang buaya Indet Sanabong yang terkenal dengan pengalaman selama 34 tahun dalam bidang memburu buaya.
Buaya sepanjang 12 kaki itu berjaya didaratkan oleh Indet bersama seorang pembantu dan dua penduduk kampung ter-babit pada sekitar jam 8 pagi semalam.
Berdasarkan cerita yang di-sampaikan oleh penduduk kampung terbabit, satu tepukan di kepala reptilia terbabit telah menyebabkan ia terus diam dan menuruti kata-katanya (Indet).
“Pada mulanya, buaya yang terkena pancing pawang yang hanya bertali rotan itu begitu kuat meronta dan seolah-olah mahu menyerang balas.
“Namun sebaik sahaja pawang berkenaan membaca menteranya dan menepuk di kepala buaya tersebut ia terus berhenti dan seolah-olah menjadi bodoh dan menuruti segala perintah pawang berkenaan,” cerita mereka yang ditemui oleh pemberita semalam.
Sementara itu, Indet, 49, yang ditemui Utusan Borneo ber-kata beliau amat yakin buaya yang membunuh isteri Tuai Rumah Embol adalah buaya yang berjaya ditewaskannya itu.
“Salah satu bukti yang paling nyata kita dapat lihat ialah satu kesan tembakan yang terdapat di bawah dagu buaya ini.
“Tambahan pula, tugas saya selaku pawang buaya ini adalah hanya menewaskan mana-mana buaya yang pernah berbuat dosa iaitu dengan menjadikan manusia sebagai mangsa mereka atau dalam bahasa Iban ‘Puni’, memakan daging manusia.
“Ini bermaksud mana-mana buaya yang pernah memakan daging manusia akan dikira berdosa dan saya yakin ia tidak akan terlepas dari memakan umpan yang telah dipasang dan semua perkara itu sudah termeterai dalam perjanjian men-tera saya,” jelas Indet.
Tambahnya, buaya terbabit telah memakan umpan yang telah dipasang mereka di kawasan Lubok Sungai Nyiar, iaitu kawasan buaya besar ber-kenaan sering timbul.
“Tugas saya memancing buaya di Sungai Seblak untuk memburu buaya yang bertanggungjawab akan saya hentikan hari ini (semalam) kerana saya yakin bahawa buaya yang bertanggungjawab dalam melakukan serangan terhadap isteri Tuai Rumah Embol telah berjaya ditangkap,” katanya.
Pada seminggu lepas Indet juga telah berjaya menewaskan dua ‘orang kanan’ Bujang Seblak iaitu seekor buaya jantan yang dikenali sebagai Bujang Muara  sepanjang 9.2 kaki dan seekor buaya betina dikenali dengan jolokan ‘Dara Nanga’ sepanjang 8.9 kaki.
Kedua-dua buaya terbabit telah memakan umpan yang dipasang oleh Indet di kawasan kira-kira satu kilometer dari muara Sungai Anak.
Sementara itu, pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang turut sama melancarkan gerakan memburu buaya bermasalah di Sungai Seblak sejak beberapa hari lepas turut mendapat seekor buaya betina sepanjang sembilan kaki berhampiran muara Sungai Anak.
Pada masa yang sama, buaya yang diberikan jolokan penduduk setempat dengan nama Bujang Seblak telah dibawa ke pekan Roban dengan menggunakan bot dari Sungai Anak.
Ketibaan buaya terbabit di pekan kecil Roban ‘disambut’ oleh ribuan penduduk yang telah bersedia untuk melihat sendiri buaya berkenaan dan ia telah dibawa ke balai polis untuk tindakan yang selanjutnya iaitu pengumpulan data.
Namun begitu pelbagai persoalan timbul daripada mulut masyarakat setempat, khususnya yang pernah bertembung dengan buaya terbabit di sungai berkenaan.
Persoalannya, adakah buaya berkenaan betul-betul Bujang Seblak atau buaya biasa kerana buaya yang diberi jolokan Bujang Seblak menurut penduduk mempunyai saiz yang amat besar, iaitu saiz belakangnya hampir menyamai sebuah kereta Kancil.
Tetapi buaya yang berjaya ditewaskan bersaiz sederhana sahaja kata mereka dan ia terus menjadi tanda tanya adakah buaya yang sebegitu besar ada wujud di Sungai Seblak atau sebaliknya.
Sekitar jam 4 petang semalam, buaya terbabit dibawa semula ke Rumah  Embol di Sungai Anak oleh pihak SFC untuk dibedah isi perutnya      bagi pengumpulan data se-    belum ia dikuburkan.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/03/bujang-seblak-tewas-jua/#ixzz1zZpFnUxj

Saratok UPDATE: FACEBOOK PALING FAMOUS ANGAT

ADMIN bulih email madah ke Saratok Update siti ari Facebook famous ba Saratok. Orang ke meri email nya mega nanya sapa neh admin Saratok Update ke bendar. Jadi ditu kami mantai ke admin Saratok Update. Saratok Update tuk bisi 8 iku ADMIN ianya:

1)Tuai Rumah Silla Datu
-Seketeri Datuk Peter Tinggom/ Pengasas Saratok update
-SNAP/SPDP member
-Orang Kuat BN Saratok maya Datuk Peter Tinggom

2)Ensing Jara @ Jimmy Bagat
-Penyukung PBDS maya Datuk Edmund Langgu
-Aktivis Dayak kelebih dalam Tanah Adat


3)Basil Thomas
-Bakal calon PKR Saratok
-Orang Kanan YB Ali Biju, Adun Krian


4)Endy Demong
-Orang Kuat PKR Saratok
-Bekas Orang kuat BN Saratok
-status dalam BN diragui laban sekali agik BN tauka PKR


5)Jon Smith Edward
-Penyukong setia Silla Datu

6)Novert Douglas Sullang
-Anak Ketua PBB Krian, Datuk Douglas Sullang

7)Andrew Paul
-Aktivis Tanah Adat

8)Pete Bujang
-Aktivis Dayak


Senarai 20 Member Famous Saratok Update:

1) Nuel Ding
2) Nuing Sempurai
3)Empeliau Duduk
4)Udok Kaka
5)Tamtam
6)Kalat Langkau
7)Christy Mujah Anong
8)Leslley Kalom
9)Adang Duat
10)Roland Masing
11)Nabau Duduk Ng Rajang
12)Bungan Ekie
13)Laga Cek
14)Michael Ding
15)John Adam Gilbert
16)Giman Manja
17)Sinu Anak Ngenang Jang
18)Jasmys Sadan Sagi
19)Mari Sa
20)Patah Katil

Tahniah Ngagai Nuel Ding, Nuing Sempurai, Empeliau Duduk, Uduk Kaka enggau TamTam laban jadi facebooker paling famous ba Saratok update. Tang ingat anang enda ngundi BN ila maya bepilih.


JELAING AK MERSAT


Sunday, 1 July 2012

ITALY VS SPAIN? ITALY WARNA BIRU BN MALAM TU



The final of Euro 2012 pits one of the most successful teams in history, Spain, against underdogs Italy who have overcome adversity to reach the top as they did in 2006. A 1-1 meeting on June 10 in their first group game suggested little is between these two now as they battle to become crowned the best team in Europe.
Unquestionably it is Vincente del Bosque's team - the current holders and 2010 World Cup winners - who are expected to win in Kiev on Sunday, but football has a way of upsetting the form book and Italy's performances in ousting England from the penalty spot and seeing off a heavily-favoured Germany in the semi-finals has many rethinking their pre-tournament predictions.
While they have been defensively sound, Spain have failed to light up the tournament in an attacking sense as they have done in previous years. With Del Bosque unsure over his starting striker (and indeed if he should even start with one), Cesc Fabregas, Fernando Torres and Alvaro Negredo have all been used to varying degrees of success; although a 4-6-0 formation seems to be the one that works the best.
Relying on the ball-winning skills of Sergio Busquets and Xabi Alonso in midfield, the guile of Xavi and Andres Iniesta has been the platform for Spain's attacks but, aside from a 4-0 thrashing of lowly Ireland, Euro 2012 has been something of a frustrating time for the champions. Too often their passing game has seemingly run out of ideas in the final third and the dynamism of substitutes Jesus Navas and Torres (when benched) has been much needed.
Italy, too, have struggled in places and did not really look like they could challenge for the tournament before the knockout rounds began. Two 1-1 draws in succession against Spain and Croatia kept the points flowing, before a 2-0 win over Ireland secured their place but Cesare Prandelli's men were not showing much confidence before they overran England in normal time and then beat them on penalties.
Key to that win was Andrea Pirlo, whose 'Panenka' penalty swayed the momentum in their favour in the shootout, and the veteran midfielder has been one of the players of the tournament, leading many to wonder how AC Milan let him join Juventus on a free last summer. The traditional defensive style of Italy seemingly went out of the window against Germany and with Pirlo at the core, the Azzurri have shown a desire to get on the front foot and then defend their lead.
Prandelli's men seem to enjoy the underdog status that they have picked up. A bad omen for Spain, as they bid to become the only team ever to win back-to-back titles on three occasions, is that the last time anybody wrote Italy off in such a fashion was 2006.





Spain player to watch: Jordi Alba. For all of Spain's attacking talent, it is left-back Alba who has caught the most attention this tournament. Providing an outlet in a position that has historically been seen as Spain's weakest, the defender has also helped his country keep the best defensive record in the competition. Sealing a ¬14 million move to Barcelona from Valencia has put him in the spotlight and the final will provide him another platform upon which to shine.






Italy player to watch: Mario Balotelli. It is always him and after his performance in netting a brace to see off Germany in the semi-finals, it can be no-one else. Balotelli's impact in the knockout rounds has been immense and he has shown the watching world all that he has to offer: pace, power and a finishing touch that makes him one of the most exciting young players in world football. He has kept his cool to ensure that he has the stage to showcase his talent; now he must use it.




Key Battle: Xavi v Andrea Pirlo. Two pass-masters who are soon to become past-masters; one wonders if the classy duo will be quite the same force at the Euros in 2016, but for now they remain two of the finest central midfielders in the world. Boasting a great first touch and vision second to none, they are the heartbeat of their respective teams and dictate the tempo at which they play. The key to opening up the opposition's defence in Kiev will come from the feet of one of this pair and their multitude of experience will ensure that the occasion does not get the better of them.
Trivia: Three of the four games between Spain and Italy at the European Championship finals have ended as draws. The only one that didn't was a 1-0 for Italy in 1988.
Stats: Italy have attempted the most shots so far at Euro 2012 (69); Spain's last 28 goals at European Championship (including penalties) have come from inside the box.
Odds: Spain (2.10), Italy (3.75), and the draw (3.25) is on offer with bet365, while Mario Balotelli to score first comes in at 8.50.
Prediction: One can't shake the feeling that, like 2006, a pre-tournament match-fixing scandal has stoked Italy's fire to succeed. Couple that with a poor effort from Spain in the attacking department this summer and Italy could walk away with the trophy.




                                SAPA ANTARA DUA KAPTEN TU KE BULIH MANGKUK EROPAH?
                                        IKER CASSILAS TAUKA GIANLUIGI BUFFON





Saturday, 30 June 2012

BN bangunkan rakyat:YB Dr. Johnical Rayong



SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa menegaskan bahawa politik yang diketengahkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah politik untuk membangunkan rakyat bukannya politik untuk menghancurkan rakyat.Menurutnya kerajaan BN sentiasa mengetengahkan polisi pembangunan yang dapat membawa keuntungan kepada semua golongan lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama bukannya polisi untuk menghancurkan rakyat.

“Polisi kita dalam kerajaan BN hanya satu sahaja iaitu untuk membangun serta menyalurkan pembangunan kepada rakyat, malah BN sentiasa mendengar setiap masalah rakyat dan berusaha untuk membantu rakyat menyelesai setiap masalah yang dihadapi oleh mereka.“Kita dalam kerajaan BN bukan seperti pihak pembangkang yang hanya pandai cakap kosong dan menabur janji mereka di merata-rata tempat, tetapi kita dalam BN sentiasa mengotakan segala janji-janji kita kepada rakyat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Pemimpin Bersama Rakyat 2012 anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman di Rumah Bunya Kancu, Kampung Empadi Undop, Batu Lintang dekat sini kelmarin.Katanya rakyat harus sedar bahawa mereka (rakyat) masih lagi memerlukan pembangunan seperti jalan raya, bekalan air bersih, elektrik dan sebagainya daripada kerajaan BN.“Kesemua pembangunan yang rakyat kecapi hari ini adalah pembangunan daripada kerajaan BN bukannya daripada pihak pembangkang.
“Pihak pembangkang hanya mampu menabur janji-janji kosong mereka untuk meraih simpati daripada rakyat terutama pada saat-saat negara kita hendak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 ini,” jelasnya.

Tambahnya, seperti kita semua ketahui, pihak pembangkang ini hanya timbul menjelang pilihan raya sahaja tetapi bila tidak ada pilihan raya mereka ini akan diam menyepi.
“Sekiranya betul-betul ingin bekerja untuk rakyat kenapa apabila tidak berlakunya pilihan raya mereka ini tidak bekerja untuk rakyat?“Kerajaan BN harus dijadikan contoh sebagai kerajaan terbaik kerana kerajaan BN sentiasa bekerja untuk rakyat dan bekerja setiap masa,” tegasnya.
Oleh itu katanya, BN sentiasa mengotakan janji mereka dan sentiasa bekerja untuk rakyat dan menjaga kebajikan rakyat.

Terdahulu, majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis.Turut hadir Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat, Pegawai KEMAS Daerah Sri Aman Hairani Solo, Penghulu Michael John Sanggup, Kaunselor Sawing Sumar, ketua-ketua masyarakat setempat serta masyarakat setempat yang lain.

Pada majlis yang sama, Rayong turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM3,000 kepada JKKK Rumah Bunya untuk tujuan menjalankan aktiviti sepanjang tahun mereka.Dalam pada itu, majlis berkenaan turut diserikan dengan acara memotong kek Hari Gawai, persembahan lagu-lagu karaoke, ‘ngetas ranyai’, ‘ngerebah pokok ranyai’ dan acara ‘ngiling bidai’.



Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/01/bn-bangunkan-rakyat/#ixzz1zLE19a00