Wednesday 30 January 2013

Rakyat Sarawak Sokong BN: Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu



SARIKEI: Rakyat Sarawak diyakini akan terus memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.Menurutnya, ini terbukti pada PRU Ke-12 pada tahun 2008 yang lepas apabila negeri ini menang semua di kerusinya kecuali Bandar Kuching dan tidak termasuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu pada 2010.

“Sarawak adalah kubu kuat BN dan diyakini akan berterusan pada pilihan raya yang akan datang.
“Kali ini (PRU13) kita yakin menang di semua kerusi dan percaya kerusi Parlimen Bandar Kuching dan Sibu dapat dirampas semula oleh kita.“Pelbagai program dan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini banyak meyakinkan rakyat negeri ini bahawa kerajaan BN mampu memerintah negara ini dengan baik berban-ding pihak pembangkang,” ujarnya dalam ucapan alu-aluan pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Sarikei di sini, semalam.

Majlis itu dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disambut kira-kira 5,000 masyarakat tempatan. Antara yang hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Kemajuan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom, Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum, Ahli Parlimen Sarikei Ding Kuong Hiing, Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman serta para tetamu kehormat yang lain.

Jabu turut memberitahu, kekerapan Muhyiddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak datang ke Sarawak menunjukkan kerajaan pusat sangat prihatin terhadap rakyat negara ini.“Mereka (Muhyiddin dan Najib) bukan sahaja datang ke kawasan bandar malah hingga ke pedalaman. Ini sangat meyakini rakyat bahawa kunjungan mereka adalah untuk membela nasib rakyat.“Setiap pelaksanaan program-program bantuan rak-yat adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan ini bukti kerajaan BN berkhidmat dengan baik kepada rakyat,” tegasnya.

Keprihatinan melalui per-untukan bajet kepada negeri ini yang disalurkan oleh kerajaan pusat jelasnya, sekali lagi menunjukkan kerajaan BN sangat prihatin untuk membangunkan negeri ini.“Diharap, momentum pembangunan dan program-program pembangunan terhadap negeri ini akan diterus-kan lagi pada masa akan datang.“Justeru setiap rakyat di negeri ini harus memberi mandat kepada BN pada PRU13 demi masa depan kita semua,” katanya.Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa pemerintahan kerajaan BN banyak men-corakkan kepada kemakmuran dan perpaduan negara ini berbanding pihak pembangkang yang suka menghuru-harakan negara.

“Jangan sesekali percaya kepada hasutan pihak pembangkang. Setiap janji mereka tidak pernah ditunaikan malah mereka hanya tahu bercakap sahaja.“Berbeza dengan BN yang sentiasa menepati janjinya demi meningkatkan taraf hidup rakyat,” tambah beliau.



No comments:

Post a Comment