Wednesday 24 April 2013

Bantuan Kecil Awal Persekolahan ringankan beban rakyat


Datuk Seri Douglas Uggah Embas, Calon BN Parlimen Betong

BETONG - Kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi meringankan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah apabila menghulurkan Bantuan Kecil Awal Persekolahan (BKAP).

Bagi pentadbiran pejabat Pelajaran Daerah Betong sahaja, yang merangkumi 47 buah sekolah Rendah, tujuh sekolah menengah, Kolej Vokasional dan Maktab Rendah Sains Mara(MRSM)Betong, bantuan berjumlah hampir RM1.4 juta telah diperuntukkan kepada pelajar disekolah-sekolah dalam kawasan tersebut pada tahun 2012.

Manakala pada tahun 2013 sejumlah RM1.5 juta turut disalurkan dalam meneruskan bantuan yang terbaik untuk pendidikan yang lebih cemerlang disamping menyenangkan ibu bapa pelajar dalam menguruskan perbelanjaan awal persekolahan anak-anak mereka.

Abang Nurjayadi Abang Kushairi, 34, berpendapat bahawa bantuan yang diberikan oleh kerajaan yang dipimpin oleh BN merupakan satu usaha untuk meringankan bebanan kepada ibubapa pelajar.

"Usaha kerajaan ini amat tepat dan memenuhi keperluan yang dituntut oleh ibubapa dalam meneruskan pendidikan untuk anak-anak masing-masing.


"Walaupun jumlahnya hanya RM100, memadai untuk memulakan pembelian buku-buku dan yuran pelbagai yang digunakan untuk pembelajaran anak-anak.


"Apapun terima kasih kepada kerajaan BN yang telah memulakan inisiatif untuk membantu rakyat dengan bantuan yang seharusnya demi pendidikan negara tanpa mengira jumlah pendapatan setiap keluarga yang menerima.


"Saya juga mengharapkan agar bantuan ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang dan bertambah jumlahnya.


Seorang kakitangan disebuah premis kerajaan, Abang Sipudin Abang Zaini, 45, turut menerima baik bantuan yang disalurkan oleh kerajaan BN sejak dua tahun lalu.


"Kecemerlangan pentadbiran BN di bawah Datuk Sri Najib Tun Razak, telah membuktikan bahawa semua keperluan rakyat sentiasa dijaga dan setiap kekurangan sentiasa dikaji hingga ke peringkat akar umbi bagi melihat keperluan yang dimahukan oleh rakyat," katanya.


"Dengan bantuan pelbagai yang diberikan oleh kerajaan jelas memperlihatkan bahawa jumlah RM100 untuk setiap pelajar tidak membebankan tanggungan negara.


"Rakyat sendiri dapat menilai arah tuju pentadbiran negara yang jelas kita lihat sekarang pemimpin yang mendahulukan rakyat harus disokong dan dijunjung agar pembangunan berterusan yang dirangka akan terus dilaksanakan dengan jayanya.

"Berilah sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan BN yang telah memberikan kemajuan dan pembangunan untuk negara," ujarnya.

No comments:

Post a Comment