Monday 8 April 2013

Hangat Saratok Today VS Saratok Update


Saratok- Pilihanraya semakin sampai kemuncak selepas pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri. Di Saratok, bahang perang alam maya semakin panas dengan kewujudan laman sosial. Krew Saratokkini turut merasai bahang kempen semakin hampir. Terdapat tiga laman sosial yang menjadi tumpuan penyokong dan cybertropper parti untuk mempertahankan hujah-hujah serta dasar parti yang disokong. Tiga laman sosial tersebut terdiri daripada Saratok Today, Saratok Update dan Gabungan Pemuda Saratok. Daripada tiga laman sosial tersebut ternyata rating Saratok Today lebih kehadapan dan disenangi.

Saratok Today dianggap lebih "cool" dan "relax" berbanding Saratok Update yang lebih kepada serangan peribadi. Walaupun begitu menurut seorang facebooker terkenal di kedua-dua laman sosial ini yang hanya ingin dikenali sebagai Aya J menyatakan perbahasan di Saratok Today lebih matang dan tidak emosional berbanding di Saratok Update lebih kepada emosional sehingga sanggup memburukan pihak lawan. Beliau mengesa supaya semua cybertropper dan facebooker supaya tidak terlalu fanatik dan jangan memainkan sentimen serangan pribadi.

Untuk rekod Saratok diketuai Encik Alexander Sela sebagai Tuai Rumah dan dibantu oleh Samuel Sila Mathew Unjah dan Michael Jelayan sebagai admin manakala Saratok Update diasaskan oleh Ex-Tr Sila Datu dan sehingga kini terdapat beberapa admin seperti Ensing Jara, Andrew Paul, Novert Sullang, Basil Thomas. Saratok Today dilihat berperanan lebih mesra BN oleh sesetengah pihak manakala Saratok Update dilihat lebih mesra PKR. Walaubagaimanapun krew Saratokkini akan cuba mendapatkan reaksi dan pandangan daripada admin Saratok today dan Saratok Update berhubung dengan suasana semasa dan presepsi masyarakat.


SARATOK TODAY
http://www.facebook.com/groups/317940271652538/?fref=ts



SARATOK UPDATE
http://www.facebook.com/groups/saratok.update/?fref=ts

No comments:

Post a Comment