Thursday 28 June 2012

Tan Sri James Masing:Pengundi di kawasan DUN Balleh jangan ulangi kesilapan di Pelagus.:Pengundi Krian Jangan ulangi sekali lagi di Parlimen Saratok


Tan Sri Dr. James Jemut Masing (tiga dari kiri) menyampaikan geran kepada salah seorang daripada wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Majlis Penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar di Kapit, semalam.

KAPIT 24 Jun - Para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balleh diingatkan supaya tidak mengulangi kesilapan rakan-rakan mereka di DUN Pelagus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Menteri Kemajuan Tanah negeri, Tan Sri James Masing berkata, para pengundi DUN Pelagus yang menyokong calon bebas pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, April tahun lalu kini menanggung kesan negatif akibat kesilapan itu.Katanya, pada masa itu penduduk Pelagus gagal membuat pertimbangan sewajarnya akibat adu-domba pihak yang kecewa dan tersisih.

"Sekarang sudah terbukti rakyat di Pelagus tersilap membuat pilihan dan rugi kerana wakil rakyat yang dipilih oleh mereka tidak mampu menunaikan apa dijanjikan pada pilihan raya negeri lalu."Malah, mereka kini terpaksa menerima hakikat kehilangan sejumlah besar peruntukan yang sepatutnya disalurkan untuk kawasan itu tidak menjadi kenyataan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada beberapa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari DUN Balleh di Kompleks Pejabat Negeri, di sini hari ini.
Pada pilihan raya negeri lalu, calon Barisan Nasional (BN) daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Stanley Nyitar, tewas kepada calon bebas George Lagong dengan majoriti lebih 3,000.Lagong kini menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP).Mengenai pengagihan MRP itu, Masing yang juga Presiden PRS merangkap ADUN Balleh berkata, ia adalah hasil sokongan rakyat kepada BN.

"Oleh itu, jangan salah pilih kerana semua peruntukan seperti ini juga akan hilang dan yang menanggung kerugian adalah rakyat sendiri," katanya.

Kerusi DUN Pelagus bermula 2001 hingga 2011 disandang oleh Larry Sng Wei Shien menerusi tiket PRS bagaimanapun beliau telah disingkirkan dari parti itu kerana melanggar peraturan.
Wei Shien pada masa ini adalah Presiden SWP dan beliau telah menyatakan partinya bakal meletakkan calon di semua kerusi parlimen yang ditandingi PRS pada PRU-13.

                                                                          YB Jelaing Mersat, Ahli Parlimen P205 Saratok


Ulasan: Tepat sekali pandangan Tan Sri James Masing menyatakan pengundi Balleh harus belajar daripada kesilapan pengundi Pelagus. Pengundi DUN Krian juga perlu belajar dari kesilapan lama, jangan kerana marahkan seseorang lalu dibakar kelambu "anang ringat ke siku mensia tang penuduk kitai dibuai" anang kakang ati undi meh calon BN ba Saratok. Buai terus PKR ke Sungai Krian.

No comments:

Post a Comment