Thursday 12 July 2012

Demi Malaysia Rosmah Mansor Laksanakan Tanggungjawapnya Selaku Isteri Seorang Perdana Menteri


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kini berada di Bangalore India sebagai jemputan khas untuk Kongres Anugerah Pembangunan Sumber Manusia Asia (The Asia HRD Congress 2012) yang berlangsung di Pusat Konvensyen ITC Gardenia, Bangalore , India.

Beliau dijangka akan menyampaikan ucapan Membangunkan Bakat Untuk Masa Depan pada Rabu malam. Rabu pagi beliau sempat bertemu sambil bersarapan bersama rakan-rakan lamanya dalam satu majlis sarapan pagi bersama Alumni Institut Pengurusan Asia (AIM).

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah bekas presiden Filipina Fidel Ramos, dan M. P. Singh , pengerusi Federation of AIM Alumni Association Inc dan presiden Persatuan Alumni AIM India.

Majlis santai tersebut memberi peluang kepada mereka-mereka yang pernah menjalani latihan di AIM untuk bertemu rakan-rakan lama dari negara-negara Asia.

Datin Seri Rosmah pernah menjalani latihan di AIM pada tahun 1984.

Mengikut jadual asal tiada sebarang ucapan yang akan disampaikan oleh Datin Seri Rosmah pada majlis santai tersebut. Namun ketika majlis berlangsung beliau dijemput oleh penganjur untuk menyampaikan ucapan.

Ada permintaan untuk beliau menerangkan tentang peluang-peluang pelaburan di Malaysia. Namun beliau menolaknya kerana tidak mahu dilihat mengambilalih tugas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sebagai menghormati tetamu yang kebanyakkan rakan-rakannya Rosmah menyampaikan ucapan ringkas tentang pembelajaran berterusan.
Rosmah berkata , asas kepada kelangsungan hidup pada dunia sekarang adalah meninggalkan cara pembelajaran  lama dan ketinggalan zaman dengan menukar kepada menggunakan kaedah baru pembelajaran yang lebih relevan dengan persekitaran semasa.
Rosmah turut  berkata teknik pada zaman dahulu mungkin tidak boleh lagi diguna pakai untuk menangani masalah pada zaman sekarang. Kita tidak boleh berhenti dari belajar atau kita mungkin ketinggalan di belakang  orang ramai atau organisasi kita, ujarnya.

Rosmah berkata beliau jika hendak bercakap soal kebajikan atau kerja-kerja amal beliau boleh lakukan. Beliau meminta AIM untuk mengaturkan pertemuan dengan YB Dato' Sri Mustapha bin Mohamed atau Datuk Seri S.Samy Vellu selaku Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan untuk bercakap soal ekonomi dan pelaburan.



Syabas Datin Seri, teruskan membantu suami anda dari masa kesemasa. Biarlah apa pembangkang nak kata tetapi realitinya kepada mereka yang sudah mengenali anda mereka tahu dimana kedudukan isteri seorang Perdana Menteri Malaysia.


No comments:

Post a Comment