Tuesday 3 July 2012

Kaya tanah tapi miskin


MIRI: Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri James Mas­ing bangga dengan kekayaan tanah yang dimiliki oleh kaum Dayak tetapi kecewa dengan kemiskinan yang masih membelenggu mereka sehingga dilabel salah satu kaum paling miskin di Ma­laysia.
Beliau berkata, kaum Day­ak bukan sahaja komuniti terbesar di Sarawak malah merupakan pemilik tanah yang terbesar di Malaysia.
“Dalam negara yang begitu bangga dengan statusnya sebagai salah sebuah negara paling progresif dalam negara dunia ketiga, orang Dayak pula masih diklasifikasikan sebagai salah satu komuniti paling miskin di Malaysia.
“Saya banyak membaca di media cetak dan menden­gar cerita kejayaan golongan profesional Dayak yang me­megang jawatan penting di seluruh dunia.
“Namun ramai di kalan­gan Dayak ketinggalan di belakang dan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” katanya beru­cap pada Majlis Ngiling Bidai anjuran Persatuan Dayak Miri di sebuah hotel malam kelmarin.
Setakat ini katanya, Dayak yang terdiri daripada kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu merupakan 44 peratus daripada populasi penduduk Sarawak manakala selebihnya Cina (29 peratus), Melayu dan Melanau (26 peratus) dan lain-lain (satu peratus).
Ujar Masing, salah satu sebab mengapa orang Dayak di Sarawak sukar untuk mem­perolehi kehidupan yang selesa ialah kerana mereka bekerja secara tidak bijak.
“Bukan kerana mereka tidak mempunyai keupayaan bekerja atau tidak tahan bekerja susah, namun kerana kurangnya kepimpinan untuk menggerakkan mereka ke hadapan.
“Memang orang Dayak bekerja keras demi kehidupan yang lebih baik, namun mere­ka tidak bekerja secara bijak,” tegas beliau.
Dalam konteks ini Masing berkata, golongan profesional Dayak dalam pelbagai bidang dapat menggunakan kema­hiran mereka untuk bersama-sama meningkatkan tahap sosioekonomi di kalangan komuniti Dayak, bukan lagi nombor satu paling bawah.
Beliau mencabar golon­gan profesional Dayak yang merupakan ahli PDM untuk bekerjasama dan memikirkan perjuangan atas nama ‘Satu Dayak Satu Objektif’ untuk mencari pendekatan terbaik meningkatkan taraf hidup mereka.
“Kita harus mengetepikan apa jua perbezaan fahaman politik dan berjuang atas satu matlamat iaitu memajukan kaum Dayak.
“Kita boleh bermula di peringkat rumah panjang masing-masing sebelum pergi ke kumpulan yang lebih luas, seterusnya sama-sama meny­umbang terhadap pembangu­nan negara,” katanya.
Hadir sama Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin dan Presiden PDM Jonathan Bedindang


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/02/kaya-tanah-tapi-miskin/#ixzz1zZq6v2pm

No comments:

Post a Comment