Monday 16 July 2012

PBB Krian Sokong YB JELAING MERSAT sebagai Calon BN P205 Saratok

Kerupok- Sokongan terbuka Datuk Douglas Sullang,Ketua Cawangan PBB Krian terhadap pencalonan YB Jelaing Mersat sebagai calon BN bagi Parlimen P205 Saratok mendapat sokongan daripada ahli PBB dan parti komponen BN yang hadir. Beliau menyatakan PBB Krian akan memberikan sokongan tidak berbelah bagi terhadap pencalonan YB Jelaing sekali lagi. Dalam pada majlis ini, YB Jelaing juga turut menerangkan kepada rakyat bahawa beliau masih lagi menjadi calon BN bagi parlimen Saratok. Beliau menyatakan bahawa Presiden Parti SPDP, Tan Sri William Mawan ataupun YAB Datuk Seri Najib masih lagi memberi kepercayaan kepada beliau sebagai calon BN bagi kawasan Saratok. 

 Dalam pada itu, sokongan PBB terhadap beliau dianggap sebagai satu petanda jelas komponen BN Saratok masih memerlukan YB Jelaing untuk sekali lagi menjadi calon BN kali ini. Justeru itu beliau turut mengingatkan jentera BN sentiasa dalam keadaan bersedia dan tidak mudah percaya dengan khabar angin. YB Jelaing turut menyampaikan cek sebanyak RM 40 Ribu kepada JKKK Rumah Panjang Kerupok ini kepada pemangku Tuai Rumah Luta dan Datuk Douglas Sullang. Turut hadir ialah Ahli Majlis Tertinggi SPDP Chambai Lindong, Ahli Majlis DBKU SPDP Cr. Cooplay Ngipa, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Pengangkutan Desmond Jemeni dan Ex-Cr Bennard Agan, PBB Saratok. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan artis Iban iaitu Clemence Joy, Angela Lata Jua dan Johny aman.


Chambai Lindong, YB Jelaing Mersat, Datuk Douglas Sullang, Bennard Agan, Cr. Cooplay Nyipa

Kepimpinan BN Saratok yang hadir

Penyerahan cek dari YB Jelaing kepada Pemangku Tr Luta

Tiga Orang Kuat BN Saratok YB Jelaing, Datuk Douglas Sullang dan Ex-Cr Bennard Agan

YB Jelaing sedang berucap





JELAING AK MERSAT




No comments:

Post a Comment