Wednesday 4 July 2012

KEDAI RAKYAT SATU MALAYSIA SARAWAK DAPAT SAMBUTAN DAP & PKR TUMPANG SEKAKI, SARATOK BILA LAGI


Kedai Rakyat 1Malaysia pertama di S’wak dapat sambutan


KUCHING: Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang pertama dibuka di Sarawak di Batu 11, Jalan Kuching-Serian mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Mula beroperasi pada Jumaat lepas, ia menawarkan pelbagai barangan keperluan yang hampir sama dengan pasar raya lain dan lebih murah.KR1M yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu menjual sekitar 250 barangan alternatif pada harga antara 30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.


Pemanca Edward Sian, 72, memberitahu, kedai tersebut membolehkan pelbagai lapisan masyarakat, khasnya golongan berpendapatan rendah membeli-belah tanpa perlu berbelanja besar. “Ini kerana di Kedai Rakyat 1Malaysia ini, harga barang-barangnya adalah berpatutan, agak berbeza dengan kedai biasa. “Tambahan pula, ia juga menjual pelbagai barang keperluan harian sama seperti di pasar raya lain,” kata ketua masyarakat Bidayuh Serian itu ketika ditemui pemberita, di sini, semalam. Dari segi lokasi pula, beliau yang berasal dari Serian, berkata ia agak strategik memandangkan banyak perkampungan di kawasan tersebut.


“Bagaimanapun, saya rasa papan tanda lebih besar perlu diletakkan, mungkin di tepi jalan bagi memudahkan orang ramai yang baharu pertama kali berkunjung ke sini mengenal pasti kedai tersebut,” katanya.Bagi seorang kerani di sebuah sekolah berdekatan Semenggok di sini, Nyaie Eddie, 33, pula pembukaan kedai tersebut sejak diumum untuk diwujudkan pada tahun lepas sememangnya dinanti-nantikan. Lebih menggembirakan, katanya apabila ia dibuka di Kota Padawan iaitu berdekatan dengan rumahnya.


“Di sini bukan sekadar menjual produk 1Malaysia sahaja tetapi turut menawarkan produk-produk lain.“Saya boleh mendapatkan barang-barang keperluan yang lazim dibeli di sini,” katanya.Manakala Abdul Rhani Mohd Dawi, 64 berkata, beliau menghargai kerajaan atas pembukaan KR1M pertama di negeri ini.Ini kerana, katanya ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban individu yang berpendapatan rendah.


“Ini merupakan usaha kerajaan untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah.“Dengan itu rakyat perlu menyokong usaha tersebut,” katanya yang mengusahakan perniagaan menternak ikan dalam sangkar.Beliau yang tinggal di Batu 9 1/2 menambah, jarak kedai yang tidak jauh dari rumahnya itu juga memudahkan keluarganya membeli-belah tanpa perlu pergi jauh.


Sementara itu, seorang suri rumah, Mantan Sigan yang berasal dari Siburan memberitahu, mereka kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli-belah dengan adanya KR1M tersebut.“Ia juga memudahkan kami membuat perbandingan harga dan saya rasa KR1M sememangnya menawarkan harga barang keperluan yang lebih murah daripada kedai-kedai lain,” katanya.




ULASAN: APA YANG MENJADI PELIKNYA DAP PUN SANGGUP PERGI KE KEDAI RAKYAT SATU MALAYSIA. PADAHAL MEREKA INI SELALU SAHAJA MELUDAH MENGKRITIK KEDAI RAKYAT SATU MALAYSIA. KALAU TAK PERCAYA CUBA TENGOK KOMEN APAI NUEL DALAM FACEBOOK BELIAU:







Ahad lepas aku pi lah membeli barang di Kedai 1Malaysia (KDR1M). Terkejut juga melihat kelibat DAP yang ramai mengunjungi kedai rakyat 1Malaysia..mana kan tak terkejutnya, DAP sebelumnya membantah KDR1M dan mengatakan barangan KDR1M mahal dan tidak berkualiti. Sekarang dia orang pula yang berpusu-pusu membeli barangan 1Malaysia. Nah! Hambik korang, lepas ludah jilat balik..kalo nak jilat tu biar kasih berkilat. 


KEPADA AHLI DAP PAS PKR DIHARAP PILIHANRAYA NANTI UNDILAH BN JIKA INGIN TERUS MEMBELI BARANG DI KDR1M. TERBUKTI BAHAWA BN MENEPATI JANJI PILIHANRAYA DENGAN MENYEDIAKAN KEDAI RAKYAT SATU MALAYSIA.


No comments:

Post a Comment