Tuesday 3 July 2012

TUN DR MAHATHIR BERCAKAP MENGENAI KERAJAAN CAMPURAN



Pilihanraya adalah satu cara yang diamalkan untuk rakyat sesebuah negara menubuhkan kerajaan. Sebab itulah, di Malaysia, apabila DAP, PAS dan PKR memenangi majoriti kerusi di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan mereka boleh menubuhkan kerajaan. Kes yang berlaku di Perak ialah, apabila wakil rakyat DAP keluar parti, maka gabungan mereka kekurangan kerusi untuk mempertahankan kerajaan negeri mereka.

Dalam hal ini, kerajaan PBS di Sabah dan PAS di Kelantan dahulu pernah mewujudkan Undang-Undang Anti Lompat. Apakah undang-undang ini boleh diamalkan lagi, itu terpulang kepada wakil-wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri, atau di Dewan Rakyat untuk melaksanakannya.

Semasa kes PBS pada tahun 1990 dahulu, 5 hari sebelum PRU 1990, PBS telah mengambil keputusan drastik meninggalkan BN. Beberapa pemimpin yang sederhana seperti Datuk Clarence Bongkos pada ketika itu, ada menyuarakan bahawa tidaklah memalukan sekiranya PBS kembali semula ke pangkuan BN beberapa bulan selepas kejadian itu. Kesilapan DSP Pairin Kitingan itu dibayar dengan air matanya, sewaktu beliau melawat Tun Dr Mahathir di pejabat Perdana Menteri. 

Tun Dr. Mahathir bukannya suka membangga diri, sepanjang mengiringi DSP Pairin ke luar dari pejabat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri yang membuka pintu dan mengucapkan selamat jalan kepada DSP Pairin Kitingan.

DS Anwar Ibrahim berusaha membeli peristiwa itu pada hari ini, tetapi saya yakin DSP Pairin seorang penganut agamanya yang dia yakini, saya tidak yakin DSP Pairin akan menyertai Pakatan Rakyat. Sebab keduanya begini...

Pada tahun 1994, semasa PRU Negeri Sabah, PBS sebenarnya masih berkuasa dan masih memerintah Kerajaan Negeri Sabah, malangnya satu demi satu Wakil Rakyat PBS lompat parti atau mencipta parti baru.  Mereka merompak Demokrasi PBS, dan peristiwa ini tidak mungkin dilupakan oleh masyarakat KDM dan DSP Pairin Kitingan. Dalam hal ini, anda boleh bertanya DSP Lajim Ukin atau terus bertanya kepada DS Anwar Ibrahim akan peranannya ketika itu?

Berbeza dengan Anwar Ibrahim, idea Tun Dr Mahathir ketika itu ialah hormati hak demokrasi PBS, jangan rampas kuasa PBS, dan Tun Dr Mahathir mencadangkan supaya Kerajaan Campuran PBS-USNO (BN) diwujudkan untuk memuaskan hati semua pihak. Tun Dr. Mahathir tidak mencadangkan dirampas kuasa PBS. Anwar Ibrahim menggunakan pendekatan yang berbeza, barangkali kerana berjiwapolitik muda dan kurang pengalaman berbanding Tun.

Walaupun Idea Kerajaan Campuran PBS-USNO(BN) ditolak oleh Majlis Tertinggi PBS ketika itu, pengajarannya ialah, anda di Sabah tidak boleh menggantung harapan kepada Anwar Ibrahim, yang pernah mengecewakan anda dengan idea-idea politiknya ketika itu. Merampas dan menumbangkan kerajaan PBS dengan cara tidak demokratik bukanlah idea yang menarik.

Semasa saya berbual-bual dengan DSP Pairin Kitingan dan DSP Lajim Ukin, di parlimen tidak lama dahulu, saya dapat mengesan satu perkara yang orang lain patut tahu juga, bagi saya DSP Pairin akan setia kepada BN dan beliau ingin menyumbangkan sesuatu yang besar kepada masyarakatnya (KDM) dan negeri Sabah.

DSP Lajim Ukin adalah Naib Presiden NGO GAGASAN, manakala saya pula adalah YDP GAGASAN Kota Kinabalu yang memberi tumpuan kepada aspek pendidikan. Kami belum aktif sepenuhnya di negeri Sabah, semoga masa memihak kepada kami. Hal DSP Lajim Ukin, saya akan ceritakan pada masa yang akan datang, namun satu perkara yang bagus kepada DSP Lajim ialah beliau percaya bahawa masyarakat Bugis di Sabah perlu diberi ruang dalam politik negeri Sabah, malah beliau mempercayai bahawa masyarakat Bugis di Sabah turut sama membangunkan negeri Sabah. Ikuti wawancaranya di akhbar Utusan Malaysia tidak lama dahulu. YB Datuk Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kota Belud dalam ucapan terbarunya yang penulis ikuti turut bercakap mengenai masyarakat Bugis Sabah dan peranan masing-masing.

Kesimpulannya mudah, Tun Dr. Mahathir memang benar sudah pencen daripada jawatan Perdana Menteri, tetapi anda sendiri tahu Tun Dr Mahathir berjalan di seluruh negara untuk menyedarkan kita betapa pentingnya perpaduan menghadapi PRU13. Apakah perbezaan Tun Dr. Mahathir telah pencen, tetapi masihbergerak ke seluruh pelusuk negara berucap menyedarkan kita yang sudah lupa, dengan idea supaya Tun Dr. Mahathir kembali sebagai Ahli Parlimen.

Tidak kira anda muda atau tua, masih belajar atau pencen, di kampung atau bandar, Pak Lah atau Dr. Mahathir, kita semua bertanggungjawab membantu DS Najib meneruskan kecemerlangan negara kita ini. Anda akan tahu sebabnya selepas PRU13. Sekarang tiada jawapan.

Saya gembira seandainya Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke ruang politik nasional, baca seterusnya di dalam buku terbaru saya di sebelah, tapi anda kena beli lah...




No comments:

Post a Comment