Saturday 7 July 2012

PEMBANGKANG AKAN TERUS SERANGAN PERIBADI?BN SARATOK SUDAH BERSEDIA


Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof tidak menolak kemungkinan pembangkang akan terus menggunakan taktik serangan peribadi untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, perkara itu bukan asing bagi pembangkang kerana mereka tidak mempunyai cara lain selain menyerang peribadi calon yang akan ditentang.Menurutnya, Barisan Nasional (BN) tidak gemar dengan permainan seperti itu kerana setiap maklumat yang disalurkan kepada pengundi dan rakyat adalah berdasarkan fakta.

“Pengundi mungkin boleh terpengaruh dengan serangan peribadi pembangkang terhadap calon BN pada PRU 13 sekiranya tidak ditangani dengan baik.“Ini kerana mereka akan berterusan membuat tohmahan dan propaganda bagi meraih undi rakyat,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas.Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menjelaskan, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mengelirukan rakyat.

“Biar apapun saya yakin pengundi di Malaysia adalah orang yang bijak belaka.“Mereka mampu menilai mana yang benar atau tidak,” ujarnya.


No comments:

Post a Comment